Selasa, 20 Oktober 2009

ISLAM BAKA...

FIKIR sejenak..

nak cakap menda pun x tau..hehe.. sembang pasal ISLAM.. tapi... LU PIKIR LA SENDIRI kata nabil... cuba tengok rasuah kat china, hukuman mati beb...patutla china maju betul..kalah amerika..smpai penasihat ekonomi china pn boleh menawarkan diri kat amerika untuk pulihkan ekonomi dunia..tp tau je la amerika..kena blasah smpai setengah mati pn dorg xmengaku kalah lg, alasan...misai xcecah ke tanah...haha


Image Hosted by ImageShack.us


Perbandingan 'RASUAH' diantara dua negara - Yang satu Negara Islam Hadari dan yang satu lagi Bukan-Islam.

Apa gunanya Najib melaung-laungkan transformasi dalam Umno kalau dalam perkara diatas pun Umno tidak dapat mengatasinya.Umno akan terus menjadi sarang bagi gerombolan Dubuk!

Khamis, 24 September 2009

SELAMAT HARI RAYA SEMUA..

di kesempatan ini aku mengucapkan selamat hari raya untuk semua sahabat n family aku, baik yang kt kampung atau yang kt bandar..baik yang kat sekolah atau pun yang dekat kem..
segala kelakuan atau tutur kata aku yang menyinggung atau menyakiti korang, samaada aku sedar atau tak, aku minta maaf, maklumlah kadang2 aku suka buat lawak, korng nampak cam gelak..tapi mana tau dalam hati tu, mau je belasah aku kalo ada peluang kn?..hehe.0-0 k..
tahun ni aku beraya kat kampung isteri aku je..hari raya ke-3 kitorang wat rumah terbuka, yang best bapa mertua sibuk jemput orang kampung, manakala mak mertua aku sibuk buat kuih, ..hehe walaupun diaorang SDA, tapi diaorang meraikan juga kami punya hariraya..
adik ipar aku jadi jurukamera, manakala abang ipar aku siap bawa band lagi..haha, kalah konsert hail amir..
k..gambar2 raya aku n family tree aku korang bleh tgk facebook n blog isteri aku..
cari sendiri..hehe

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA..

saiful razman

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut."Saya takut mengatakannya. "jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa.. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya? " Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "! Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran."Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan
menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh
tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

PERGHH!!! astagfirullah..bab melengah2kan waktu solat ni cam selalu je aku buat..ngerinyee..
ya allah..berilah aku kekuatan untuk menunaikan segala perintahmu..dan meninggalkan segala laranganmu..

Jumaat, 4 September 2009

kita bila lagi...


ha? tekejut bebeno aku pepagi morning ni..
aku nengok blog al hussyen
tetiba tebace
cite ni
ok!
masa aku becuti kt palong tempat abg ipo aku aritu
abg ipo aku bgtau, tokeh sendayu tinggi
bg zakat kt org palong
n byk tempat lg la,
tp yg kt palong je, berasnye sampai berkontena beb!
cuba le kome kire..pkai kiraan zakat
hehe!
td aku chek kt sendayu tinggi gmbr trbaru dia, tp xda yg ada
produk dia n gmbr2 dia sblum dia
berhijrah pkai
PURDAH.
bacala..

Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita - Pengasas Sendayu Tinggi

Daripada :suzana nana

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum.

Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk. Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan.

Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja. Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama.

Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini. Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan.

Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual. Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya? Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup.

Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini. Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

Khamis, 3 September 2009

martabatkan bahasa bapak korangg!!

salam semua..ucapkanlah salam
bukan salam satu malaysia
apada..
aritu waktu islam hadhari naseb bek x
salam islam hadhari..
hehe memang mesia boleh
boleh buat apa saja
pakai spenda pn
boleh dapat
DATUK!
haha
ni satu lg pasal BAHASA
BAHASA MElayu..
LAYU malas
nk
highlight
50tahun layu
tp skang MELAYU
dh xlayu
dh berani....
1 OGOS buktinya!
martabatkan BAHASA MELAYU
sehingga jadi macam ni..

tengok papan iklan ni..
(makasih nik..)
xke bangga korang bila bhasa kita d martabat..
bahasa inggeris paling bawah!
MAJU juga BRUNEI



ada pernah korang nampak bahasa melayu n tulisan jawi
d paapn iklan di mesia?
ada beb!
tp nama2 jalan je la!!

Rabu, 2 September 2009

kad raya terbaik abad ini....

salamm semua...
hmm..arini udah msuk ari ke 13 kite pose..
kalo memula aku posting dulu, ari pertama pose udah
belambak kad raya memenuhi meja aku yg seciput tu..
bayangkan ler dr tahun 1 smpai tahun6 hantar kad..
haha xmenang tangan aku nk membalasnye..
last2 letak dua kupang dalm sampul
surat n balas balik kad
raya diorang
tu
dulu la beb!
skang ni,
nk dapat 1 pn payah..
kalo ada pn dr adik aku yatie.
atie ni xpenah mis, tiap2 tahun mesti ada kad raya
utk aku n family..
aku
plak mcm besa la..
xpenahnye balas kad atie..
yg best dlm sampul kad raya atie mesti dia ada selitkan
duit raya utk anak2 aku!
tahun ni aku azam nk balas kad raya
atie
n cari kad yag sesuai, sekali terjumpa kad ni!
daaaa...
huhahaahahahaha


Selasa, 1 September 2009

kemalangan HARAMMM kat perak..


hehe...macam2 le yg berlaku kt perak ni..
udah menyampah bebeno nk balik kg skang ni..
udah le KERA jaan yg ada skang KERA jaan HARAM
yg jd men3 beso pn cara HARAM (ZAMBRY), speaker pn HARAM(GANESON)..
semua HARAMMMMMMM..
nasib bek rakyat x HARAM..
haha..
ni kemalangaaaaan yg paling HARAMMMM
-
-
-
-
-
-




ni kt simpang pulai ni beb..haha
bomba pun lari..hahaa
zambry xtlg angkat ke...